Saturday, March 1, 2008

Wawancara bersama saudari Fatmah (Peniaga Makanan)

Terima kasih Saudari Fatmah sebab memberi saya peluang untuk mewawancara saudari tentang kerjaya yang saudari masih menceburi iaitu sebagai Peniaga Makanan.Bilakah kali pertama saudari mula bekerja sebagai Peniaga Makanan?Sebenarnya saya telah mula berniaga di usia 16 tahun hingga 18 tahun dengan menolong Emak saya di gerai nya setiap hari selepas sekola. Di sinilah minat saya dalam perniagaan bermula.


Mengapa saudari memilih kerjaya Peniaga Makanan?

Saya memilih kerjaya sebagai Peniaga Makanan sebab saya meminati berniaga sejak dari kecil lagi. Lagipun saya minat memasak makanan yang sedap supaya orang ramai dapat menikmatinya.

Bilakah saudari mula membuat Perniagaan sendiri? Dan di mana?

Saya mula membuat perniagaan sendiri di usia 21 tahun. Gerai pertama saya berada di ‘Scots’ iaitu sebuah pusat membeli belah yang terletak di Scots Road. Di ketika itu cuma gerai saya yang boleh di dapati di seluruh pusat membeli belah itu. Beberapa tahun kemudian, pusat membeli belah itu direnovasi untuk menjadi pusat makanan berhawadingin pertama di seluruh Singapura. Kemudianya gerai saya dimakan ‘Fara Nasi Padang’. Nama ini ialah dari nama kedua anak perempuan saya iaitu Fara Dillah dan Fara Aqilah. Semenjak ini semua gerai yang saya mempunyai bernama ‘Fara’ dihadapan nya.

Apakah saudari telah lakukan untuk meluaskan perniagaan anda?

Tidak lama kemudian saya membuka pelbagai lagi kedai di merata Singapura. Salah satu dari nya ialah gerai lagi di ‘Lucky Plaza’ yang terletak di Orchard Road. Gerai ini dinamakan ‘Fara Café’. Satu lagi gerai terletak di ‘Orchard Tower’. Di sini terletak dua gerai di pusat makanan yang sama. Nama nya ialah ‘Fara Nasi Padang’ dan ‘Fara Indian Delight’. Gerai-gerai lain terletak di ‘Busrah Street’, ’Bukit Batok’, ‘Thomson Road’, ‘Fullerton’, ‘Changi Airport’ dan banyak lagi. Sebernahnya ada banyak lagi gerai yang saya punyai. Jumlah kedai yang saya mempunyai ialah lebih dari 15 gerai di merata Singapura.Apakah masalah yang saudari hadapi semasa berniaga?Semasa berniaga, saya telah melalui pelbagai masalah. Masalah yang telah hadapi ialah dengan pelangan yang cerewet. Tapi saya tetap mengikut perinsip saya iaitu “pelangan selalu benar”. Masalah yang lain ialah kenaikkan sewa di beberapa gerai saya. Tetapi saya mengatasi dengan masalah ini dengan bekerja lebih keras lagi untuk mendapat lebih wang untuk membayar sewa. Saya selalu nya akan bersikap bersabar dengan apa-apa masalah yang saya hadapi. Ini yang membuat saya bertahan sehingga kini.

Pernahkan saudari berasa menyesal memilih kerjaya sebagai Peniaga Makanan?

Tidak. Saya tidak pernah berasa sesal berniaga makanan kerana ini adalah kerjaya yang saya minati.

Apakah perkara yang paling menarik yang berlaku semasa perniagaan saudari?

Perkara yang paling menarik tentu sekali peluang untuk berjumpa dengan artis tempatan. Ada daripada artis-artis yang saya pernah jumpa adalah pelanggang tetap saya. Kadangkala kami akan duduk dan bersembang tentang masa sekarang.Apakah yang kini sedang berlaku dengan perniagaan saudari? Sekarang setiap hujung minggu saya akan menyewa gerai di ‘Singapore Expo’ dan berniaga. Perniagaan di sana agak memenatkan dan susah lagi-lagi dengan gerai yang lain yang terdapat disana. Semua gerai akan bersaing dan akhir hari nya gerai yang paling bekerja keras akan dapat untung.
Kadang kala anak-anak saya akan datang untuk menolong walaupun saya sudah mempunyai pekerja yang cukup. Ini mendorong saya untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.

(Ribuan terima kasih saudari Fatmah sebab sudi diwawancara. Sesungguhnya, pengalaman yang
saudari berikan dapat menolong orang yang memerlukanya.)




Sekian
10:39 PM


PROFILE



TAGBOARD



MY CBOX

LINKS

KhAiRz
HaZRi
Sayyidi
Dhuha
Shuwei
Szeyah
Daphne
Ashraf
Dinna
Lizet
Yienqing
Irene
Jannah
Cikgu Ismail
Sayyidi(Eng Blog)
Khair (Personnel Blog)


CREDITS

UNRIVEN: X X
Brushes: 1
Image:X
Blogskins.com