Tuesday, September 25, 2007
KENANGAN PAHIT SAYA
Salam Sejahtera, Di bawah ini saya akan ceritakan kenangan pahit yang telah saya alami...
Ia berlaku tiga tahun yang lalu. Ketika itu saya berusia dua belas tahun. Setiap hari selepas sekolah saya akan menunngang basikal bersama kawan sedarja saya.Kami akan menunggang ke merata tempat di daerah sekolah kami. Kadangkala kami akan berlumba basikal. Ada suatu ketika apabila saya sedand berlumba, saya terlanggar bendol dan tayar basikal saya yang dihadapan pancit. Akhirnya saya terpaksa merantai basikal di bawah blok daerah sana dan berjalan kaki ke rumah. Pada keesokan harinya bapas saya dan saya menaiki van nya untuk mengambil basikal saya. Bapa saya memberi arahan supayah saya tidak akan lagi berlumba basikal.
Selepas membaiki basikal saya kami pulang. Bila tiba di rumah emak saya tidak membenar kan meyimpan basikal di rumah dan saya terpaksa merantai nya di tepi tangga hadapan rumah kami. Sudah beberapa hari saya tidak menunggang basikal kerana saya sibuk denga kerja lain. Pada suatu hari apabila saya mahu menunggang basikal saya dapati tayar depan dan belakang serta kerusi basikal saya hilang. Saya memberi tahu ibu bapa saya dan mereka terkejut. Pada beberapa hari kemudian ketika bapa saya baru keluar dari lif dia ternampak jiran saya sedang mahu mengambil sesuatu dari basikal saya. Dia terkejut dan memberi tahu bapa saya yang dia sedang mencari saya danterus jalan dari situ.
Selapas kejadian itu jiran saya belum lagi meminta maaf dan sudah tidak berbual dengan saya lagi. Ibu bapa saya tidak mahu memberi tahu ibu bapa jiran saya kerana meraka tidak mahu bertengkar. Sejak hari itu saya masih lagi belum mempunyai basikal baru. Saya pun telah beruba yang saya tidak boleh percaya walau pun mereka jiran rapat saya dengan sepenuhnya dan saya memjadi lebih berjaga-jaga dengan barang saya.
Sekian dari,
Bakhit.