Saturday, August 18, 2007
PENGALAMAN
Salam Sejahtera,Di bawah ini saya akan berbual tentang pengalaman saya.
Pengalaman ini berlaku dua tahun yang lalu.Ketika itu saya berusia tiga belas tahun. Saya adalah salah satu anggota dari kumpulan NCC. Pada suatu cuti sekolah semasa semua anggota kumpulan NCC menengah satu diberitahu bahawa kami akan mengambil kursus kayaking bagi perinkat satu.
Kursus itu diadakan selama dua hari,tetapi kursus itu bermula pada tujuh pagi hingga tiga petang selama dua hari. Kami dikehendaki untuk membawa dua helai baju dan seluar dan dua pasang kasut kerana selepas kursus itu kami akan basah.
Pada hari pertama kursus itu semua kawan saya dan saya sangat gairah. Setibanya kami di tempat kursus itu,instruktor di situ memberikan pengetahuan tentang dirinya dan kemudian tentang latihan yang akan kami lakukan pada hari pertama dan hari kedua. Instruktor itu memberi arahan supaya kami memakai jaket keselamatan dan memilih pasangan kami untuk memulakan kursus kami. Saya berpasangan dengan rakan cina saya.
Dalam permulaan latihan kayaking ini kami di suruh membuat senaman dan kemudiannya mengankat kayak kami ke tepi pantai. Kedua, kami di ajar cara untuk mengunakan kayak dan diberi peluang untuk mencuba. Selepas latihan itu,kami di suruh berenang sejauh seratus meter ke sebuah "platform" dan ke pantai semula. Semua rakan saya dan saya dengan pantas mula berlumba dan akhirnya latihan untuk hari pertama sudah selesai. Sebelum pulang kami diberi makanan dan kemudiannya kami disuruh menjemur kayak dan jaket keselamatan.
Pada hari kedua setibanya di tempat kursus itu kami bersiap sedia dengan memakai jaket keselamatan,mengankat kayak dan berpasangan seperti hari pertama. Selepas semua itu kami bermula mengambil ujian apa yang diajarkan pada hari pertama. Instruktor kami akan membuat keputusan sama ada kami akan lulus atau gagal kursus kayaking ini . Semasa ujian ini sedang berlangsung saya dan pasangan saya berlatih dan ketika kami berlatih kayak kami terbalik dan kami basah dan rakan yang lain menolong untuk membalik kan semula kayak kami. Apabila giliran kami tiba kami mengikut arahan-arahan yang disuruh sehinggah nya arahan terakhir iaitu kami harus terbalikkan kayak kami dan kemudian nya menepuk kayak itu sebelum kami boleh mendasar ke atas. Malang nasibnya pasangan saya gagal pada arahan terakhir dan harus membuat nya sekali lagi dengan rakan yang belum lulus. Saya kasian akan nasib nya tapi gembira kerana saya sudah lulus.
Selepas ujian itu kami semua termasuk instuktor membuat ekspidisi dari tempat kursus ini hingga destinasi dan pulang semula. Di akihir kursus ini kami semuanya lulus dan diberikan sigil yang menadakan kami telah lulus kursus ini dan dibenarkan mengambil kursus kayanking peringat dua.
Sekian Dari,
Bakhit.