Saturday, March 1, 2008

Wawancara bersama saudari Fatmah (Peniaga Makanan)

Terima kasih Saudari Fatmah sebab memberi saya peluang untuk mewawancara saudari tentang kerjaya yang saudari masih menceburi iaitu sebagai Peniaga Makanan.Bilakah kali pertama saudari mula bekerja sebagai Peniaga Makanan?Sebenarnya saya telah mula berniaga di usia 16 tahun hingga 18 tahun dengan menolong Emak saya di gerai nya setiap hari selepas sekola. Di sinilah minat saya dalam perniagaan bermula.


Mengapa saudari memilih kerjaya Peniaga Makanan?

Saya memilih kerjaya sebagai Peniaga Makanan sebab saya meminati berniaga sejak dari kecil lagi. Lagipun saya minat memasak makanan yang sedap supaya orang ramai dapat menikmatinya.

Bilakah saudari mula membuat Perniagaan sendiri? Dan di mana?

Saya mula membuat perniagaan sendiri di usia 21 tahun. Gerai pertama saya berada di ‘Scots’ iaitu sebuah pusat membeli belah yang terletak di Scots Road. Di ketika itu cuma gerai saya yang boleh di dapati di seluruh pusat membeli belah itu. Beberapa tahun kemudian, pusat membeli belah itu direnovasi untuk menjadi pusat makanan berhawadingin pertama di seluruh Singapura. Kemudianya gerai saya dimakan ‘Fara Nasi Padang’. Nama ini ialah dari nama kedua anak perempuan saya iaitu Fara Dillah dan Fara Aqilah. Semenjak ini semua gerai yang saya mempunyai bernama ‘Fara’ dihadapan nya.

Apakah saudari telah lakukan untuk meluaskan perniagaan anda?

Tidak lama kemudian saya membuka pelbagai lagi kedai di merata Singapura. Salah satu dari nya ialah gerai lagi di ‘Lucky Plaza’ yang terletak di Orchard Road. Gerai ini dinamakan ‘Fara Café’. Satu lagi gerai terletak di ‘Orchard Tower’. Di sini terletak dua gerai di pusat makanan yang sama. Nama nya ialah ‘Fara Nasi Padang’ dan ‘Fara Indian Delight’. Gerai-gerai lain terletak di ‘Busrah Street’, ’Bukit Batok’, ‘Thomson Road’, ‘Fullerton’, ‘Changi Airport’ dan banyak lagi. Sebernahnya ada banyak lagi gerai yang saya punyai. Jumlah kedai yang saya mempunyai ialah lebih dari 15 gerai di merata Singapura.Apakah masalah yang saudari hadapi semasa berniaga?Semasa berniaga, saya telah melalui pelbagai masalah. Masalah yang telah hadapi ialah dengan pelangan yang cerewet. Tapi saya tetap mengikut perinsip saya iaitu “pelangan selalu benar”. Masalah yang lain ialah kenaikkan sewa di beberapa gerai saya. Tetapi saya mengatasi dengan masalah ini dengan bekerja lebih keras lagi untuk mendapat lebih wang untuk membayar sewa. Saya selalu nya akan bersikap bersabar dengan apa-apa masalah yang saya hadapi. Ini yang membuat saya bertahan sehingga kini.

Pernahkan saudari berasa menyesal memilih kerjaya sebagai Peniaga Makanan?

Tidak. Saya tidak pernah berasa sesal berniaga makanan kerana ini adalah kerjaya yang saya minati.

Apakah perkara yang paling menarik yang berlaku semasa perniagaan saudari?

Perkara yang paling menarik tentu sekali peluang untuk berjumpa dengan artis tempatan. Ada daripada artis-artis yang saya pernah jumpa adalah pelanggang tetap saya. Kadangkala kami akan duduk dan bersembang tentang masa sekarang.Apakah yang kini sedang berlaku dengan perniagaan saudari? Sekarang setiap hujung minggu saya akan menyewa gerai di ‘Singapore Expo’ dan berniaga. Perniagaan di sana agak memenatkan dan susah lagi-lagi dengan gerai yang lain yang terdapat disana. Semua gerai akan bersaing dan akhir hari nya gerai yang paling bekerja keras akan dapat untung.
Kadang kala anak-anak saya akan datang untuk menolong walaupun saya sudah mempunyai pekerja yang cukup. Ini mendorong saya untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.

(Ribuan terima kasih saudari Fatmah sebab sudi diwawancara. Sesungguhnya, pengalaman yang
saudari berikan dapat menolong orang yang memerlukanya.)




Sekian
10:39 PM


Monday, January 7, 2008

Bagaimana mecapai kejayaan dalam pelajaran dan Ucapan terakhir saya selepas menghabis dan sebelum meninggalkan sekolah

Bagi saya mencapai kejayaan dalam pelajaran ini penting kerana kita perlu kan pelajaran untuk masa depan kita yang lebih cerah. Saya mengunakan pelbagai cara untuk mencapai kejayaan. Di antara nya ialah belajar dengan lebih tekun lagi tampa apa-apa menganggu kita. Ini sangat penting kerana jika kita diganggu semasa belajar kita tidak dapat mencapai matlamat kita untuk belajar. Selain dari belajar saya juga memberi perhatian setiap kali guru sedang mengajar.

Walaupun apa-apa subjek yang diajarkan atau subjek yang kita kurang minat kita harus memberi seratus peratus perhatian terhadapnya. Pelbagai masalah boleh timbul semasa guru mengajar seperti kita merasa mengantuk atau rakan sekelas mengacau kita dan pelbagai lagi. Jika ini belaku kita harus mengatasi nya dengan secepat mungkin. Cara-cara ialah menyertai kelas tambahan jika guru subjek kita mengadakan. Ini amat lah penting kerana jika kita tidak menyertai nya kita akan ketinggalan topik atau maklumat yang penting. Ini boleh menjejas kan pelajaran kita jadi, kita haruslah berdisiplin untuk menyertainya. Cara terakhir ialah dengan membayar guru untuk kelas tambahan untuk diri anda sendiri.

Ucapan terakhir saya sebelum saya meninggalkan sekola ini ialah bagi murid-murid yang baru dan masih lagi bersekolah di Shuqun ialah untuk belajar rajin-rajin dan gunakan kan masa anda dengan baik. Sepanjang empat atau lima tahun berada di sekolah ini dan jika masalah tiba hadapinya dengan kesabaran.

Sekian dari,
Bakhit


Sekian
11:58 PM


Tuesday, September 25, 2007

KENANGAN PAHIT SAYA

Salam Sejahtera, Di bawah ini saya akan ceritakan kenangan pahit yang telah saya alami...

Ia berlaku tiga tahun yang lalu. Ketika itu saya berusia dua belas tahun. Setiap hari selepas sekolah saya akan menunngang basikal bersama kawan sedarja saya.Kami akan menunggang ke merata tempat di daerah sekolah kami. Kadangkala kami akan berlumba basikal. Ada suatu ketika apabila saya sedand berlumba, saya terlanggar bendol dan tayar basikal saya yang dihadapan pancit. Akhirnya saya terpaksa merantai basikal di bawah blok daerah sana dan berjalan kaki ke rumah. Pada keesokan harinya bapas saya dan saya menaiki van nya untuk mengambil basikal saya. Bapa saya memberi arahan supayah saya tidak akan lagi berlumba basikal.
Selepas membaiki basikal saya kami pulang. Bila tiba di rumah emak saya tidak membenar kan meyimpan basikal di rumah dan saya terpaksa merantai nya di tepi tangga hadapan rumah kami. Sudah beberapa hari saya tidak menunggang basikal kerana saya sibuk denga kerja lain. Pada suatu hari apabila saya mahu menunggang basikal saya dapati tayar depan dan belakang serta kerusi basikal saya hilang. Saya memberi tahu ibu bapa saya dan mereka terkejut. Pada beberapa hari kemudian ketika bapa saya baru keluar dari lif dia ternampak jiran saya sedang mahu mengambil sesuatu dari basikal saya. Dia terkejut dan memberi tahu bapa saya yang dia sedang mencari saya danterus jalan dari situ.
Selapas kejadian itu jiran saya belum lagi meminta maaf dan sudah tidak berbual dengan saya lagi. Ibu bapa saya tidak mahu memberi tahu ibu bapa jiran saya kerana meraka tidak mahu bertengkar. Sejak hari itu saya masih lagi belum mempunyai basikal baru. Saya pun telah beruba yang saya tidak boleh percaya walau pun mereka jiran rapat saya dengan sepenuhnya dan saya memjadi lebih berjaga-jaga dengan barang saya.
Sekian dari,
Bakhit.


Sekian
8:12 PM


Monday, September 17, 2007

Kenaikan Tambang

Salam Sejahtera,Di bawah ini saya akan berual tentang kenaikan tambang kenderaan awam.

Pada bulan Oktober ini tambang bas yang menggunakan EZ-Link akan dinaikan satu hingga dua sen.Majlis Pengangkutan Awam (PTC) telah pun menolak permintaan untuk menaikkan tambang MRT dan LRT.Dengan kenaikan ini boleh menjejas kan lima puluh peratus perjalanan bas.Walaupun demikian tambang kad kanak-kanak,para pelajar dan anggota Perkhid Negara tidak akan berubah.
Saya akan berpendapat atas kenaikan tambang tersebut.Saya rasa Majlis Pengangkutan Awam telah pun membuat keputusan yang wajar dan berpatutan.Walaupun tambang kad bas dinaikkan,jumlah yang akan ditambahkan tidaklah bergitu banyak.Mala memang patut kerana saya rasa perkhidmatan penumpang mereka agak bagus dan memang patut dinaikkan kad tambang.
Namun demikian,saya tidak setuju dengan kenaikan kad tambang bagi MRT dan LRT dan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Pengangkutan Awam memang tepat.Kerana jika kenaikan kad tambang berlaku lima puluh peratus daripada perjalanan bas yang dibuat penumpang akan terjejas.Jika ini berlaku kad tambang bas mungik dinaikkan jika mereka tidak beruntung apa-apa dan penumpang bas yang berpendapatan lebih kurang akan susah.
Kini pula tambang teksi telah pun naik.Tambang permulaan nya naik 10 sen ,dan 10 sen bagi setiap 175 hingga 225 meter dan tambahan waktu sibuk 1 dolar.Walaupun demikian mutu atau perkhidmatan penumpang tidak berubah.Pada pendapat saya,perubahan ini memang tak patut kerana penumpang yang bergaji rendah mungkin tidak boleh mampu.Apakah lagi orang yang berkurangan wang dan harus menaikinya kerana terdesak tau lambat tidak boleh menaikinya.Dalam pengalaman peribadi saya,saya pernah terdesak kerana mahu menaiki teksi untuk pulang ke rumah cepat tapi tidak mencukupi wang akhirnya saya menaiki bas dan terlambat untuk kelas tambahan saya.Saya harap pada masa yang akan datang harga tambang teksi tidak akan menaiki lagi kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak puas hati antara penumpang teksi yang selau menaikinya.
Sekian Dari,
Bakhit.


Sekian
6:27 PM


Monday, September 10, 2007

Artikel dari cyberita
Salam Sejahtera,Di bawah ini saya akan memberi pandangan saya tentang artikel ini.
Artikel ini petik daripada cyberita yang bertarikh 11 September 2007. Tajuk nya ialah LOKASI TAMBAHAN UNTUK MAJLIS KAHWIN. Kini pasangan yang mahu akad nikah boleh melakukannya di Masjid Darussalam. Masjid Darussalam jadi 'tempat baru' akad nikah dan sedia pakej walimatulurus. Ia terletak di Clementi dan kini ia menyediakan pakej perkahwinan seperti pelamin, juadah hidangan malah kumpulan kompang. Besanya akad nikah di sini dari di kolong blok atau tempat lain ialah laba yang diperoleh akan disalurkan kepada masjid untuk membiayai kegiatannya. Pakej-pakej perkahwinan yang ditawarkan bermula daripada sekitar $5,500 untuk 300 jemputan hingga sekitar $12,000 bagi kira-kira 1,000 jemputan.

Saya ingin membuat komentar mengenai artikel ini. Pada pendapat saya lokasi baru untuk akad nikah di masjid ini adalah satu kelakuan yang bagus kerana penduduk yang tinggal di daerah ini tidak lah lagi harus bersusah payah untuk pergi ke masjid lain yang jauh. Buakan saja penduduk sini tapi mana-mana pasangan ingin akad nikah di sini boleh juga. Malah pakej yang di sediakan pada pendapat saya agak bagus. Kita tidak payah lah bersusah paya untuk membayar berlainan untuk pakej seperti juadah,komapng atau yang lain lagi kerana apabila kita membayar untuk sesebuah pakej itu semua keperluan asas yang selalu di adahkan di tempat lain di sediakan seperti juadah,kumpulan kompang,pelamin dan banyak lagi. Tambahan lagi harga pakej yang disediakn berpatutan kerana ianya samar seperti di tempat lain.

Munkin juga pada masa akan datang akan ada lagi tempat akad nikah baru di masjid yang lain. Tetapi adah sekolongan orang yang lebih suka berkawin di temapat lain seperti di kolong blok,restaurant dan banyak lagi.Semua ini mengikut selera tersendiri.
Sekian Dari,
Bakhit.


Sekian
6:31 PM



Kebaikan dan keburukan komputer
Salam Sejahtera,Di bawah ini saya akan beritahu anda tentang tajuk perbualan saya.
Selam Sejahtera pada hari ini saya akan berbual tentang Kebaikan dan keburukan komputer.
Sebenarnya komputer ada banyak kegunaannya.Contoh kegunaan komputer ialah untuk berkomikasi antara satu sama lain,membuat kerja,mencari maklumat,menulis diari atau jadual dan banyak lagi.
Sebagai pelajar komputer komputer dapat menolong saya dengan pelbagai cara.
Contoh ialah membuat tugasan seperti menulis karangan.Biasanya kita akan menulis di kertas untuk membuat karangan dan ia amat menyusah kan kerana apabila kita salah tulis kita harus memadamnya dan ini boleh membuat kerja kita tidak kemas dan apabila kita mengunakan pena terlalu lama dakwatya akan habis.Tetapi dengan komputer kita dapat menaipnya dengan senang tampa merisau kan jika dakwat kita habis seperti pena kerana ia tidak mengunakannya dan kita boleh menukar karangan yang ditulis dengan senang kerana kita tidak harus susah payah menggunakan apa-apa alat memadam dan kerja kita akan lebih kemas.
Keburukan yang boleh disebabkan oleh komputer ialah kesihatan mata kita.Apabila kita sering mengunakan komputer dengan janka masa yang lama tampa merehatkan mata kita,kita boleh dapat kerosakan di mata.Seperti penglihatan kita akan menjadi tidak bagus dan juga pening kepala akibat mengunakannya terlalu lama.Satu candangan untuk mengelak kan dari ini ialah merehat degan melihat pandangan yang jauh atau menutup mata setiap masa mengunakan komputer selama satu jam.
Kita harus mengetahui tentang kegunaan komputer kerana ia dapat menolong kita menjimat masa dan gunakan masa itu untuk benda yang berfaedah.Kita harus mengetahui nya juga kerana dunia kita ini akan menjadi semakin canggih dan jika kita tidak tahu menggunakannya kita akan ketinggalan.
Pada pendapat saya komputer juga boleh di salah gunakan oleh pelajar kerana jika seseorang itu mengunakan komputer dengan kerap dia akan melupa tugasan hariannya sepertikerja rumah,sekolah yang harus di selesai kan.Ini juga boleh menyebabkan markah peperiksaan nya terjejas kerana terlalu asyik menggunakan komputer hampir terlupa untuk belajar.Jadi untuk mengelak kan dari tabiat buruk ini kita harus berdisiplin untuk menghatkan janka masa menggunakan komputer.
Sekian Dari,
Bakhit.


Sekian
4:47 AM


Monday, August 20, 2007

Tentang Diri Saya
Salam Sejahtera,
Nama saya ialah Muhammad Bakhit. Saya berusia lima belas tahun. Saya mempunyai dua orang adik. Saya adalah anak yang sulung. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Shuqun dan masih lagi di sana. Dahulu saya adalah seorang murid dari sekolah rendah Jurong West. Aktiviti kokorikulum saya ialah NCC,masih lagi coperal dan akan menjadi sarjan tidak lama lagi mungkin. Saya suka berjenaka dan benda yang lucu kerana pada saya jenak itu penting kerana ia boleh mebuat kita rasa gembira. Hobi saya ia ialah sukan dan bermain alat komputer.
Sekian Dari,
Bakhit.


Sekian
7:22 AM


PROFILE



TAGBOARD



MY CBOX

LINKS

KhAiRz
HaZRi
Sayyidi
Dhuha
Shuwei
Szeyah
Daphne
Ashraf
Dinna
Lizet
Yienqing
Irene
Jannah
Cikgu Ismail
Sayyidi(Eng Blog)
Khair (Personnel Blog)


CREDITS

UNRIVEN: X X
Brushes: 1
Image:X
Blogskins.com